Khamis, 11 Februari 2010

KENALI KAMBING BOER

RAMLEYS D AGRO FARM menternak kambing-kambing seperti Boer , Saanen dan Kalahari.Tetapi kami lebih banyak menternak kambing jenis BOER. Di sini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat tenatang kambing Boer bersama anda.....


CIRI-CIRI KAMBING BOER
- subur dan mudah membiak sepanjang tahun

- mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain

- daging lebih bermutu tinggi, rendah kalori, kolestrol dan kaya dengan protein

- kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari ,anglo nubian, alphine dan beratus jenis baka lain

- tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca


APA YANG DIKATAKAN F1, F2, F3 DAN SEBAGAINYA
Ramai yang tidak betul-betul mengetahui jenis kambing yang dimport atau dibeli.Sekiranya tidak berhati-hati , kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, Kambing Boer Purebred adalah hampir sama rupanya dengan Kambing Boer Fullblood.Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut Fullblood sedangkan ianya Purebred.Begitu jugalah dengan kambing Cross.


BOER FULLBLOOD
Adalah Kambing Boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan mana-mana baka baka kambiong lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar iaitu cepat membesar dan membiak.Di Malaysia harga untuk kambing jenis ini paling kurang RM 2000 seekor.


BOER F1
Adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan kambing jenis lain.Di Malaysia , harga untuk kambing jenis ini adalah lebih kurang RM 700 seekor.


BOER F2
Adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan Boer F1.


BOER F3
Adalah anak kambing yang lahir hadsil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan Boer F2.


BOER PUREBRED
Adalah gelaran bagi Boer F4 ( bagi betina ) dan F4 ke atas bagi jantan.

Oleh itu, ramai yang tak sedar , meraka ingat semua kambing yang diimport dari Australia itu adalah Kambing Boer.Semoga korang tak tertipu... ha ha ha...