Isnin, 8 Februari 2010

SISTEM PENGURUSAN KAMBING

Sistem Pengurusan Berkurung ( INTENSIF )

-Kambing dikurung 24 jam.
-Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum,rawatan kesihatan, jualan,timbang dan pelbagai aktiviti lain.

-Sistem yang digalakkan , mengelakkan masalah sosial dan masalah kesihatan ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera.
-Rumput dipotong dan diangkut ke kandang.


Kebaikan Sistem Intensif

-Mengatasi serangan cacing kutu dan mejauhi penyakit yang mudah berjangkit.
-Kos ubat yang kurang, untung yang lebih.

-Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.
-Mengelakkan masalah sosial kepada penduduk sekitar.

Sistem Separuh Berkurung (SEMI INTENSIF)

-Ternakan dilepas pada waktu siang dan dikurung pada waktu malam.
-Perlukan 8-10 paddock untuk rolational grazzing (ragutan bergilir).

-Bebanan cacing dan kutu masih ada.
-Ternakan dilepas masa embun kering untuk elak dari serangan cacing.
-Akan timbul masalah sosial.

-Sesuai diintegrasikan dengan sawit,getah,kelapa,koko dan dusun.


Kebaikan Sistem Semi Intensif

-Najis dan air kencing ternakan menjadi baja tumbuhan utama.

-Mengurangkan kos meracun kerana rumput dan rumpai dimakan oleh ternakan.

-Penggunaan tanah yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.



Sistem Meragut Bebas


-Ternakan meragut bebas bila-bila masa sepanjang masa.

-Tiada kandang khas dibina.

-Tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi tidak digalakkan kerana kambing boleh merayau dan merosakkan tanaman,pengawasan terhadap penyakit juga rumit.