Rabu, 30 November 2011

ALHAMDULILLAH.. Rezeki dariNYA....















Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

Syukur kehadrat ilahi dikurniakan rezeki yang halal serta kesihatan yang baik. Alhamdulillah... Kambing-kambing yang ku bela kini sudah bertambah .. dan alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik.


Jumaat, 18 Februari 2011

WELCOME 2011...



Pekerja sedang memberikan rumput untuk kambing-kambing ini...


Ehmm.. kambing-kambing boer ini sedang makan rumput.. (lunch) hihihi...











Rumput napier yang ditanam sendiri oleh kami sudah boleh dimesin untuk diberikan kepada kambing-kambing boer ini...






Rumput napier ...












Rabu, 19 Mei 2010

Assalamualaikum........


Dah lama tak update blog ni... maklumlah sibuk nak uruskan kambing-kambing ni... Dah bertambah bilangannya...., Syukur ke hadrat ilahi , mengurniakan rezeki ini.


Sekarang, anak-anak kambing ni pun dah boleh mula dijual.Disini saya sertakan harga-harga Kambing Boer dan Farel untuk dijual...



HARGA KAMBING BAKA BOER DAN KAMBING FAREL

KAMBING BOER RM 1600 - RM 1500

ANAK KAMBING BOER F5/F6 RM 450 - RM 500

KAMBING FERAL RM 550- RM 620

ANAK-ANAK BOER.... KINI SEDIA UNTUK DIJUAL...











KAMBING -KAMBINGKU SEDANG MERAGUT RUMPUT













Khamis, 8 April 2010

Isnin, 22 Februari 2010

ANAK KAMBING BOER PERTAMA YANG DILAHIRKAN... KEMBAR...!!!!!






















Syukur alhamdulillah... akhirnya kambing yang ku bela selama ini telah melahirkan sepasang anak kembar... Tanggal 20 Februari 2010, tepat jam 8 malam (sehari selepas aku menyambut hari lahirku iaitu 19 Februri 2010) .... aku sempat merakamkan saat-saat kambing kesayanganku ini melahirkan anaknya... Gembira tak terucap dan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana mengurniakan sepasang anak kambing kembar... jantan dan betina...

Khamis, 11 Februari 2010

KENALI KAMBING BOER

RAMLEYS D AGRO FARM menternak kambing-kambing seperti Boer , Saanen dan Kalahari.Tetapi kami lebih banyak menternak kambing jenis BOER. Di sini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat tenatang kambing Boer bersama anda.....


CIRI-CIRI KAMBING BOER
- subur dan mudah membiak sepanjang tahun

- mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain

- daging lebih bermutu tinggi, rendah kalori, kolestrol dan kaya dengan protein

- kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari ,anglo nubian, alphine dan beratus jenis baka lain

- tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca


APA YANG DIKATAKAN F1, F2, F3 DAN SEBAGAINYA
Ramai yang tidak betul-betul mengetahui jenis kambing yang dimport atau dibeli.Sekiranya tidak berhati-hati , kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, Kambing Boer Purebred adalah hampir sama rupanya dengan Kambing Boer Fullblood.Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut Fullblood sedangkan ianya Purebred.Begitu jugalah dengan kambing Cross.


BOER FULLBLOOD
Adalah Kambing Boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan mana-mana baka baka kambiong lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar iaitu cepat membesar dan membiak.Di Malaysia harga untuk kambing jenis ini paling kurang RM 2000 seekor.


BOER F1
Adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan kambing jenis lain.Di Malaysia , harga untuk kambing jenis ini adalah lebih kurang RM 700 seekor.


BOER F2
Adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan Boer F1.


BOER F3
Adalah anak kambing yang lahir hadsil dari perkahwinan antara Boer Fullblood dengan Boer F2.


BOER PUREBRED
Adalah gelaran bagi Boer F4 ( bagi betina ) dan F4 ke atas bagi jantan.

Oleh itu, ramai yang tak sedar , meraka ingat semua kambing yang diimport dari Australia itu adalah Kambing Boer.Semoga korang tak tertipu... ha ha ha...


Isnin, 8 Februari 2010

SISTEM PENGURUSAN KAMBING

Sistem Pengurusan Berkurung ( INTENSIF )

-Kambing dikurung 24 jam.
-Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum,rawatan kesihatan, jualan,timbang dan pelbagai aktiviti lain.

-Sistem yang digalakkan , mengelakkan masalah sosial dan masalah kesihatan ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera.
-Rumput dipotong dan diangkut ke kandang.


Kebaikan Sistem Intensif

-Mengatasi serangan cacing kutu dan mejauhi penyakit yang mudah berjangkit.
-Kos ubat yang kurang, untung yang lebih.

-Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.
-Mengelakkan masalah sosial kepada penduduk sekitar.

Sistem Separuh Berkurung (SEMI INTENSIF)

-Ternakan dilepas pada waktu siang dan dikurung pada waktu malam.
-Perlukan 8-10 paddock untuk rolational grazzing (ragutan bergilir).

-Bebanan cacing dan kutu masih ada.
-Ternakan dilepas masa embun kering untuk elak dari serangan cacing.
-Akan timbul masalah sosial.

-Sesuai diintegrasikan dengan sawit,getah,kelapa,koko dan dusun.


Kebaikan Sistem Semi Intensif

-Najis dan air kencing ternakan menjadi baja tumbuhan utama.

-Mengurangkan kos meracun kerana rumput dan rumpai dimakan oleh ternakan.

-Penggunaan tanah yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.



Sistem Meragut Bebas


-Ternakan meragut bebas bila-bila masa sepanjang masa.

-Tiada kandang khas dibina.

-Tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi tidak digalakkan kerana kambing boleh merayau dan merosakkan tanaman,pengawasan terhadap penyakit juga rumit.



Jumaat, 5 Februari 2010

KENALI KAMBING BUNTING

Kambing betina yang sudah dikahwinkan, tidak akan mengalami birahi lagi jika sedang hamil.Seekor kambing akan mengalami masa puncak birahi selama 3 hari, dan jika kambing tersebut tidak dikahwinkan pada masa puncak itu bererti kambing akan birahi lagi 21 hari kemudian.


Terdapat beberapa kambing yang bunting adalah semakinnya membesarnya perut bahagian kanan, mulai terjadi pembesaran pada kambing , seringnya kambing menggesek-gesekkan ke dinding kandang dan kambing terlihat lebih tenang.Saat usia kebuntingan 1-3 bulan,jika kambing diperah secara perlahan-lahan, ia akan mengeluarkan cairan kuning kental dengan lekit, dan pada umur kehamilan yang lebih tua, ia berubah menjadi warna kuning pekat.


Kambing yang bunting harus ditempatkan di kandang yang terpisah untuk menghindari gangguan dari kambing lain atau menghindari perkelahian antara sesama kambing.Lantai kandang perlu juga dijaga agar tidak licin kerana akan menyebabkan yang sedang bunting akan keguguran.


Khusus kepada kambing yang berbentuk panggung, pada saat kambing akan dikeluarkan dari kandang, sebaiknya mendapatkan bantuan tangga, usahakan pada saat kambing turun dari kandang dan jangan melompat, kerana akan menyebabkan kontraksi pada perut kambing yang sedang hamil.Untuk memperlancarkan proses kelahiran pada kambing, sebaiknya, kambing yang bunting perlu dikeluarkan setiap hari dari kandang dan dibiarkan berjalan-jalan minima 1 jam setiap hari.


Masa kebuntingan kambing selama 5 bulan. Pada kambing yang baru pertama kali melahirkan anak, waktu melahirkannya biasanya akan sedikit bergeser, baik dari awal mahupun lewat, tetapi tidak akan lebih 5 hari. Semasa bunting, kambing memerlukan makanan yang lebih banyak dan yang berkualiti untuk mendukung seluruh proses didalam tubuhnya. Kambing juga memerlukan lebih kalsium dalam tubuh untuk anak yang dikandungnya.


Kambing yang akan melahirkan anak secara fizik, dapat diketahui dari bentuk kambing dan puting susu yang terisi penuh.Alat kelamin luar pula berwarna merah dan berlendir, kambing kelihatan gekisah dan kurang selera makan. Jika kondisi itu mulai terlihat, perlu disiapkan kandang yang bersih. Kandang swebaiknya diberi alas yang mampumenyerap cairan disaat kambing dalam proses melahirkan, serta dapat memberi rasa hangat pada anak yang baru saja lahir, misalnya genagn memberi alas berupa karung guni atau jeram padi.Jika kondisi kebuntingan normal biasanya kambing tidak memerlukan pertolongan saat proses melahirkan. Jika kemungkinan, siapkan kandang khusus yang dilengkapi dengan lampu, kerana saat kelahiran boleh terjadi pada waktu malam.

Selasa, 2 Februari 2010

Kambing Boer Betina Unreg...



Inilah kandang kambing-kambingku.... walaupun kecil, namun aku bersyukur memilikinya... Insyaallah , jika diberikan oleh Allah SAW aku akan membanyakkan lagi kandang kambing ini...

Khamis, 28 Januari 2010















Sedang menikmati makanan.....






Inilah kambing Kalahari Full Blood Does Reg , baru berumur 2 tahun... sedang bunting 3 bulan.....



Kambing -kambing sedang berehat.............



Boer Pure F5/ F6 aku yang sedang menungu masa untuk bersalin......